Jumaat, 6 November 2015

Sajak:Sahabat


Bilaku rasa sedih,
Hatiku menjadi layu,
Mataku dipenuhi dengan gelumang kaca,
Badanku dihinggapi rasa sejuk,
Ku menjerit kerana keperitan.

Bilaku gembira pula,
Aku menjadi segar,
Riangan yang tidak terkira,
Bersatu dengan satu dekahan,
Gembira yang tidak terkira.

Inilah,
Satu hubungan,
Yang susah dilupuskan,
Yang dikenang saat,
Yang dipahat dengan corak,
Gembira,suka,duka,sedih.

Hubungan ini,
Menguatkan diri,
Menjadi lebih semangat,
Menjadi lebih celik,
Dalam pelbagai urusan.

Sahabat,
Yang dimuliakan dan disanjung,
Yang membawa seribu satu makna,
Yang mewangikan diri,
Dengan Kegembiraan,
Dengan Kesusahan,
Bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan