Rabu, 13 Disember 2017

Sajak:Keburukan Diriku

Sajak:Keburukan Diriku
Rendah,
Aku tidak menyangka diriku,
Seteruk begini,
Menjadikan duniawi,
Sebagai harta yang mewah,
Sebagai pusat hiburan,
Sebagai pusat untuk meluahkan nafsu.

Lemah,
Itulah yang ku boleh ungkapkan,
Apa yang berlaku dalam kehidupan,
Di masa lampau dan sekarang,
Mempunyai hati dan mental yang bermasalah,
Tidak sama seperti orang lain.

Lembab,
Mungkin kerana aku tak mahir mengetahui,
Sesuatu perkara dengan membaca sahaja,
Auditori dan visualisasi,
Bukanlah kepakaranku.

Ingkar,
Banyaknya aku ingkar arahan orang,
Demi memuaskan kenafsuanku,
Demi mencapai kegembiraan,
Demi mendapat perhatian orang.

Sombong,
Inilah aku,
Tidak pernah mahu menurunkan ego,
Menjadikan diriku sangat alpa,
Lalai dengan kehendak dan pendapat diri,
Menolak pendapat orang lain.

Gedik,
Inilah diriku sejak mencapai kematangan,
Tidak tahu untuk menjadikan orang lain selesa denganku,
Apa yang ku perlu buat,
Untuk mencapai perhatian mereka?
Selain dari perangai ini?

Kedekut,
Bahkan lagi teruk dari itu,
Ku rasa seteruk seperti Haji Bakhil,
Tidak mahu berkongsi kecuali pada orang yang tertentu,

Hanya mahu kepentingan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan