Selasa, 18 Disember 2018

Sajak: Halimunan

Halimunan
Aku hanyalah pendatang,
Tiada yang aku mampu lakukan,
Selain membantu sahaja,
Tiada yang aku mampu lakukan,
Hanya melihat dan menilai
Tiada yang aku mampu lakukan,
Hanya mampu melihat kebahagiaan orang.

Tiada yang mampu aku lakukan,
Hanya berdiam seketika,
Memeluk diri, menahan keperitan,
Menjadi halimunan,
Tiada siapa tahu, tiada siapa sangka

Kehadiranku hanyalah sementara,
Hanya dirasa ketika diperlukan,
Hanya dipanggil ketika kesusahan,
Hanya ditepuk ketika bersemuka.

Tidaklah halimunan ini diberi makna,
Pabila tiada siapa cakna dengan fizikal,
Pabila tiada siapa kisah dengan mental,
Pabila tiada siapa tegur untuk sosial,
Pabila tiada siapa peduli tentang rohani

Beginilah,
Kehidupanku sebagai penglipur,
Berjalan tetapi tidak dipeduli,
Merangkak tetapi tidak dikesan,
Terjatuh barulah perasan.


1 ulasan: