Selasa, 13 Februari 2018

Sajak:Luahan

Pada mulanya,
Ku kenali dan membenci,
Atas kerana tanpa sebab,
Mungkin kecemburuan,
Yang ku rendamkan,
Di hatiku.

Sehingga satu masa,
Aku simpati,
Kepada dia,
Dipinggirkan dan dipergunakan,
Atas dasar kasihan,
Aku menemani sahaja.

Pada satu tahap,
Aku berasa selesa dan gembira,
Tidakku sangka,
Dia meluahkan,
Bagai lava gunung berapi,
Yang melimpah-limpah,
Tentang hubungan,
Yang dihadapi.

Suatu tika,
Aku berasa tidak selesa,
Hatiku diperkosa dengan dengki,
Dijeling dengan kegeraman,
Aku bertahan,
Kerana aku mahu menjaga hati.

Tahap kemuncak,
Persahabatan itu muncul,
Tapi,
Kedengkian cuba memisahkan,
Sehingga perasaan ini,
Tidak ikhlas.

Peleraian,
Keselesaan dia utamakan,
Bukannya kedengkian,
Kenapa membiarkan dia semasa dia memerlukan,
Kenapa meminggirkan dia semasa dia menjaga,
Engkau tidak hargai,
Hubungan itu,
Tidak boleh dibeli,dijual mahupun disewa,
Hubungan itu,
Terbina dari keikhlasan,kesimpatian,
Kesefahaman dan kasih sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan