Sabtu, 4 Januari 2020

Sajak: Baru

Sedekad Lalu,
Pelbagai Lorong Yang Aku Nampak,
Lorong Yang Akhirnya Cerah,
Lorong Yang Awalnya Gelap,
Dan Lorong Yang Segalanya Cerah.

Ku Lihat,
Ramai Memilih Lorong Yang Cerah,
Berpelosokan Menjejaki Ke Lorong Itu,
Ku Rasa Kagum.

Akan Tetapi,
Perasaanku Membuak,
Apa Terdapat Di Lorong Gelap Itu,
Aku Berdiri, Aku Melangkah,
Lalu Ke Lorong Gelap Itu, 
Aku Redah.

Aku Keseorangan,
Hanya Peneman Nafasku,
Irisku Membesar,
Otakku Bergeliga,
Melihat Dinding Serta Terusan,
Agar Tidak Terpijak,
Agar Tidak Kotor.

Namun,
Kotor, Busuk, Luka,
Itulah Yang Aku Lalui,
Ku Nangis, Ku Menyesal,
Aku Mahu Berpatah Balik.

Tetapi,
Suara Darah Dagingku,
Suara Yang Memberi Semangat,
Suara Yang Hanya Mereka Sahaja,
Yang Tidak Pernah Berputus Asa,
Untuk Diriku.

Dekad Ini, 
Aku Nampak Jalannya,
Benarlah,
Lorong Yang Gelap Itulah,
Pengalamanku,
Kisah Perit Getir Hidupku,
Untuk Mengenali Dunia.

Aku Melihat, 
Lorong Yang Cerah Itu, 
Orangnya Masih Tiada,
Aku Terkedu,
Di Manakah Mereka?
Adakah Mereka Sesat?
Adakah Mereka Alpa?
Atau,
Mereka Lalai Dengan Cahaya?

Selamat Tahun Baru Semua Kepada Pembaca. Maaf Sekiranya Nukilanku Ini Tidak Semegah Sasterawan, Coretan Ini Hanyalah Sekadar Luahan, Pendapat dan Pandanganku Selama Aku Menjejaki Di TanahNya.

Andai Ada Masa, Silalah Kritik, Moga Nukilanku Menjadi Lebih Bermakna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan