Ahad, 12 Januari 2020

Nukilan Hati: Terpisah Antara Kaca dan Permata

Hehe kali ni meh aq kongsi tentang apa yang aq dh lalui dan agak pahit jugalah.

Aku mempunyai beberapa sahabat dan sahabat aku semasa di universiti ramai. Tapi, bermulalah episod drama, geram dan juga penyesalan berlaku pada diri aku ni.

Aku kenal seorang hamba Allah ni semasa aku masuk pertama kali di universiti dan dia sangatlah sombong dari pandangan pertama aku. Tetapi selepas masing2 memperkenalkan diri aku rasa macam, "ok, dia tak sombong, salah aq sebab menilai" tapi selepas beberapa minggu dia berubah dan buat aku rasa tak selesa. Aku berkongsi dan jaga dia semasa dia sakit tapi aku tidak dapat apa-apa pon. Tiada terima kasih pada masa itu. Hati aku masa tu sangatlah menyesal. Tapi, aku ni manusia, dan aku ulangi perkara yang sama semasa berpindah ke kampus lain di sekitar Johor.

Aku bertemu juga dengan seorang hamba Allah ini dan dia merupakan orang yang pandai ilmu tentang agama islam. Pada mulanya, aku mahu rapat untuk mendalami tentang agama dan mahu jadi sahabat dia. Pernah aku belanja dia sebab dia tiada duit, jaga dia n lain2 lah. Tapi, aku tidak dapat apa2 juga. Lagi teruk, dia terus lupakan aku dan tak ucapkan apa2 pun. Sangat menyesal pada masa tu dan aku rasa macam nak marah yang teramat tetapi aku lupakan dia. 

Lepas tu, aku kenal dengan seorang hamba Allah dari negeri yang popular dengan kawasan pelancongan dan kawasan makanan laut yang memang sedap belaka. Pada mulanya, aku benci dia sebab rasa dia tak pandai berbual tetapi ada satu peristiwa itu, aku terkesima kerana aku nampak beliau kecewa dengan kawan dia sendiri akibat dipulau. Aku baca status di Whatsapp dia yang seperti menyindir tentang apa yang berlaku pada peristiwa itu dan membalas mesej kepada dia tentang perkara tersebut. Dia berkongsi perasaan dan aku memahami dia dengan apa yang dia rasa. Sejak itu, aku banyak meluangkan masa berkongsi masalah, dan banyak berbual tentang minat masing2. Bergaduh? Pernah. Cuma kami selepas gaduh, masing2 meminta maaf dan menyesal dengan apa yang dilakukan. Alhamdulillah Sehingga sekarang masih lagi bersahabat.

Aku juga kenal dengan seorang sahabatku ini dan rapat kerana ilmu agama dia tinggi. Akan tetapi, aku rasa aku tidak sesuai berkawan dengan dia kerana,
Aku hanyalah toksik kepada dia,
Aku hanya akan merosakkan dia,
Aku cemburu dengan apa yang dia ada.
Jadi aku mengambil keputusan untuk jauhi dia kerana aku tidak mahu jadi toksik dalam sesebuah persahabatan. 
      Waktu Inilah Aku Sedar Keburukan Aku

Oh ya, Ada satu lagi. Sejak sekolah menengah dan dialah tempat aku berkongsi pelbagai masalah, suka dan duka serta memberi dorongan dan semangat sama2. Kitorg berjanji insyaallah sekiranya ada masa dan duit yang mencukupi, kitorg mahu ke Jepun untuk menerokai keunikan kehidupan di sana. 

                    Gambar Sekadar Hiasan
Persahabatan pada pendapat aku adalah bila,
Kau dan Dia, Susah dan senang bersama,
Kau dan dia, Tidak Kisah tentang keburukan masing2, malah akan memperbetulkan antara satu sama lain
Kau dan dia, bersatu untuk mencapai persahabatan yang diredhai Allah
Dan
Kau Dan Dia, Tiada Rasa Dengki, Cemburu Malah Kecil Hati Dengan Kejayaan Masing2

                      Sumber: Google Images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan