Selasa, 17 Disember 2019

Sajak: Wira Atau Biar

Sesuap Demi Sesuap,
Ku Menghulur,
Atas Keluhuran Hati,
Tidak Mahu Ku Jeling,
Tidak Mahu Ku Ungkit.

Sebutir Demi Sebutir,
Ku Memberi,
Kerana Rintihan,
Tidak Ku Marah,
Tidak Ku Ugut.

Setibanya Masa,
Kau Berjaya,
Kau Digelar Wira,
Tapi,
Sebalik Gelaran Itu,
Pendampingmu Itu,
Bangga Denganmu.

Gelaran Itu,
Adakah Kau Lupa,
Temanmu Yang Menghulur,
Temanmu Yang Memberi,
Tidak Kau Sebut,
Tiada Suku Kata Namanya.

Ingat Wahai Wira,
Pendampingmu Itulah,
Menyuap, Memberi,
Mencari Masa Sendiri,
Untukmu Wira,
Untuk Menjayakan Kamu.

Sekiranya Kau Lupa,
Sekiranya Kau Tinggalkan Dia,
Pergilah,
Jangan Kau Pandang,
Jangan Kau Merintih,
Jangan Sesekali,
Menyebut Patah Perkataan,
Pendampingmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan