Ahad, 27 September 2020

Harith(Permulaan) Bab 1: Indah

"Hey, Harith! Bangun kita ada kelas pagi ni dekat Makmal Biologi dan Fizik 1." kejut Izwan kepada Harith yang masih tidur. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi, rakan biliknya pun masih lagi terlena dengan buaian mimpi. "Haikal, bangun dah pukul 7.15 pagi ni." kejut lagi Izwan kepada rakan rumahnya. Sambil mengeliat dan duduk di katilnya, Harith mengambil terus tuala dan menuju ke tandas untuk bersiap. Haikal masih mengelamun tidak tahu mempunyai kelas atau lebih mengharapkan kelas cancel. 

Memperagakan diri dengan baju T berkolar berwarna biru muda serta seluar berwarna hitam karbon, Harith mengenakan minyak wangi Polo sambil menyikat rambutnya ke belakang. "Kal, cepat weyh, kita dah lambat ni, karang kena duduk luar," tegur Harith sambil memakai stokin berwarna hitam. 

"Ya" hanya keluar dari kotak suara Haikal yang masih menyiapkan diri sambil membawa topinya.

Menunggu di tangga kolej kediaman, Harith sempat membaca Facebook tentang isu-isu teknologi pada waktu itu tentang telefon pintar. Pada waktu itu, iPhone menjadi pujaan ramai orang tetapi Harith hanya memandang kepada Android sahaja. 

"Assalamualaikum, Abe Harith" sapa Ashraf dari belakang sambil mengintai skrin telefon Harith. 

"Nak beli phone baru ke tu? Galaxy Note 9? Sekarang tengah hot phone tu" ujar Ashraf lebih. "Alah Cap, kau pun tahu kan kita ni pelajar, manalah mampu aku nak beli phone mahal ni, kecuali lah kalau ko sponsor kan," perli Harith sambil pegang bahu Ashraf. 

Ashraf dengan menghembus nafas panjang, "Kalau aku kaya Rith, lama dah aku beli, ni kan aku pakai phone ni dari tahun 2015, main ML pun tersekat2, bateri phone ni pun cepat habis" mengeluh dia dan ucapan dia tentang telefon pintar yang dipakainya.

"Hi" tegur Hazim dari belakang, menyarung sweater berwarna kelabu jenama Adidas, memakai earphone berwarna hitam sambil menggalas beg universiti yang terkandung buku-buku untuk kelas pagi dan petang nanti. 

Izwan dan Haikal keluar dari rumah J404, dan menuju ke tangga, menerpa, "Eh Ashraf, budak Legend!" membanggakan Ashraf sambil menepuk belakang dia. "Eh taklah aku ni besye-besye je, taklah mampu macam orang tu dah Mythic." balas Ashraf sambil memerli Haikal. 

Melangkah tapak demi tapak menuju ke kampus, tiba di Blok J, bersebelahan dengan tempat latihan industri di Kampus Pagoh UTHM, Blok K. Tepat pada pukul 7:56 pagi, ramai pelajar dari kelas 2KAD menunggu makmal untuk dibuka. Ada yang membaca buku, ada yang bergosip, ada yang berbincang dan ada yang sempat bermain game. 

Menunggu ketibaan Cik Zizi hadir ke Makmal Biologi dan Fungsi 1(MBF1), Harith berbual dengan Hasan tentang projek untuk tahun akhir bagi kumpulan masing-masing. Langkah demi langkah, Cik Zizi meletakkan kad yang dipakai di lehernya ke card scanner untuk mengakses masuk ke dalam makmal. 

Setelah masuk ke dalam, Harith mengambil tempat duduk di depan kerana suka berada di hadapan untuk belajar dengan lebih faham dan lebih dengar apa yang disampaikan. "Ingat pesan mama ni, kalau boleh belajar tu duduk depan, sebab senang nak faham dan taklah kau tu tak dengar kat belakang nanti." "Ayah nak cakap yang jangan lupa tu fokus masa belajar, jangan main telefon kat belakang," pesanan yang terngiang di minda Harith dan masih dikekalkan sehingga sekarang.

"Baiklah hari ini kita akan sambung belajar chapter 3 ye semua" Cik Zizi memberi pendahuluan hujahnya berkenaan kuliahnya. 

"Baik!" balas kelas 2KAD.

👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷


Tiada ulasan:

Catat Ulasan