Sabtu, 26 September 2020

Sajak: Lawan Atau Kawan

Terlihat aku di paparan,
Satu doa,
"Jauhilah diriku dari musuh-musuh",
Paparan tersebut terus menunjukkan kawannya,
Menjadi lawan.


Aku terdetik,
Bagaimana mahu tahu kawan atau lawan?
Bagaimana mahu tahu dipergunakan?
Bagaimana hasad dendam seseorang terhadap diri?
Adakah salah setiap tutur kata,
Gerak-geri mahupun penampilan,
Seseorang itu kepada seseorang lain?


Kerisauan aku meninggi,
Adakah aku mempergunakan kawanku?
Adakah aku nyamuk di dalam kelambu?
Adakah aku sesuai untuk mereka?


Aku memohon,
Kepada semua yang ku kenal,
Aku menyusun sepuluh jari,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Memohon maaf apa tindakanku selama ini.


Mungkin secara kata kepada kata,
Tiada ekspresi sakit,
Kerana mahu jaga hubungan,
Tetapi,
Secara luhur hati,
Janganlah dipendam,
Jujurlah kepadaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan