Khamis, 20 Julai 2017

Sajak: Kembar

Sajak: Kembar

Di kala ku kesunyian,
Meratapi kesedihan,
Mengingati pelbagai dugaan,
Menjadikan diri untuk lebih tabah,
Menguatkan spiritual yang semakin merudum.

Akan tetapi,
Haruskah engkau pergi?
Mengapa?Kenapa?
Haruskah engkau melindungi diriku?
Sedangkan kau tahu aku ini tidak berguna?

Kesabaran,Ketabahan,
Keikhlasan yang aku beri kepada manusia,
Tidak sama seperti yang engkau dapat,
Berbeza dari hubungan sebagai seorang adik,
Kepada seorang abang yang sanggup mempertahankan adik,

Haruskah engkau tinggalkan aku?
Wahai abangku?
Aku masih lemah mahupun longlai,
Tidak diberi kekuatan untuk menerima,

Qada’ dan qadarNya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan