Jumaat, 11 Januari 2019

Sajak: Pinggir

Ku rasa,
Aku dipinggirkan,
Kerana mungkin aki tidak tahu,
Cara untuk berbual,
Kecuali,
Dengan sahabatku

Ku akui,
Aku dipinggirkan,
Kerana aku tiada topik untuk dibual,
Bukanlah rancak untuk dibual,
Hanya tegas dan serius,
Itulah diriku.

Ku perlu ketahui,
Apa yang perluku ubah,
Atau,
Tahu untuk berdepan,
Bukan dengan sahabatku sahaja,
Dengan khalifah yang lain,
Untuk tingkatkan ukhuwah.

Tetapi,
Ku buntu,
Apa aku perlu buat,
Untuk terus berbual,
Atau,
Aku hanya sepi sahaja,
Kalau orang nikmati kata-kata,
Aku hanya menjahit bibirku,
Tanpa bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan