Jumaat, 26 Februari 2016

Cerpen:Susahkah Aku KepadaMu

    Sarah merenung ke luar sambil memerhati awangan.Berwarna biru serta tergantung di langit membuatkan kekaguman kepada dia.Bagaimana awan yang besar mampu menggantungkan dirinya di langit?Persoalan yang sikar dijawab itu dimain di mindanya.

   'Sarah,turun sekejap.Ibu nak kamu tolong potong bawang ni,'panggil ibu Sarah,Puan Maimunah.Ibunya ingin memasak gulai ayam cili padi.

'Baiklah ibu.Sebentar,saya mahu kemas bilik,'balasnya dengan suara yang lemah.Ibunya tidak mendengar suaranya akan tetapi meneruskan memotong cili hijau,bawang merah serta cili padi.Dalam pada itu,adiknya,Suhailah,menyiang ayam di sinki.

'Aduh,sakit!'jerit Suhailah kerana terpotong jarinya.Darahnya meleleh kemerahan semerbak ros merah.Ibunya tersentak,'Aduh,macam mana boleh jadi sebegini?Sarah,tolong ambilkan Handiplast di almari ruang tamu.'

Sarah melangkah ke almari ruang tamu dan mengambil handiplast.Melangkah ke dapur,dia pula terjatuh akibat tergelincir di tangga.Tangannya luka dan dia menahan keperitan.Dia menghantar handiplast itu di dapur dengan keadaan sakit yang memendam.

'Kamu lambat sangat!Kamu ingat kamu ini anak sultan ke?Tolonglah hantar awal lagi,adik kamu ni sudah sakit!Tidak kesiankah dengan adik kamu ini?'Tengking ibunya.'Sudahlah tidak berbuat apa-apa di rumah ini,lepas itu...'sambung Ibunya lagi.

Sarah sudah biasa dengan keadaan sebegini.Setiap masa,ibunya seperti melebihkan adiknya.Walaupun cedera sedikit sahaja,tetapi cedera tersebut boleh sembuh dengan cepat.Berbeza dengan kakaknya,terdapat calar balar serta luka yang masih belum sembuh.Hal ini demikian kerana dia selalu dipukul dan dirotan oleh ibunya akibat lambat buat kerja,tidak kemas rumah ataupun tidak bantu ibunya.

'Baiklah,ibu.Saya akan lebih cepat bertindak selepas ini,'kata Sarah.Dia menampal handiplast itu di kawasan luka adiknya itu.'Maaf ya akak,saya tidak sengaja...'kata Suhailah.

'Tidak mengapa adik.Kamu tu lagi penting.Kesihatan kamu tu perlu dijaga juga.Lepas ini,sila berhati-hati lah,'balas Sarah.Ibunya mendengar dan hanya mengangguk dengan pernyataan Sarah.Dia terus membantu Suhailah untuk menyiang ayam.Kemudian,dia bergerak ke meja makan dan mengambil bahan-bahan.

'Kamu potong semua ini halus-halus kemudian tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat!Jangan sesekali kamu berhenti kerja ya!'tengking ibunya.

'Baiklah ibu.'sepatah sahaja dia menjawab.Selepas habis tugasnya di dapur,dia kemudian mengemas dapur dan ruang tamu.Selang beberapa minit kemudian,ayahnya kembali.

'Mak,ayah dah balik.'kata Sarah.

'Ayah dah balik?Tunggu sekejap ibu salin pakaian.'Ayahnya masuk dan memberi salam kepada anaknya.Dia mengusap dan mencium anak sulungnya itu dengan sayangnya.Perbuatan itu dilihat oleh ibunya.Ibunya memandang tajam ke Sarah.Perasaan geram mula membara dan hasad dengki kepada anaknya itu mula berbicara.Pelbagai hukuman yang dia mahu lakukan kepada anak sulungnya itu.Sementara itu,adiknya pula sedang berbaring sambil menelaah telefonnya.Dia khusyuk berbual dengan rakan lelakinya,Suhaimi.Sedang dia berborak di media sosial,ayahnya memandang Suhailah.

'Suhailah,kamu tu perempuan,buatlah kerja apa yang patut.Tiada faedah pon kamu berbual dengan ajnabi itu'kata ayahnya.

'Alah ayah.Kami hanya kawan sahaja.Tidaklah kami mahu membuat maksiat atau berdua-duaan pon,'balas Suhailah.Geligat itu diperhatikan ibunya.'Entah ayahnya.Apa salahnya anak kita ni berbual?Dia tidak buat apa-apa pun.Berbual sahaja.Tengok anak sulung kita tu,tidak buat kerja pun.Asyik sahaja duduk di bilik'leter ibunya.

'Sukatilah awaklah.Saya sudah alah bisa tegal biasa dah dengan kamu berdua.'kemudian ayahnya terus ke ruang tamu duduk dengan Sarah.

'Sarah,kamu mahu jadi apa lepas SPM nanti?'Persoalan ayahnya itu mengejutkan Sarah yang baru sahaja habis kemas ruang tamu itu.Kenapakah ayahnya tanya begitu?Adakah dia mahu buat sesuatu?Persoalan di mindanya mula menular.

'Hmm saya mahu sambung belajar dalam kursus Syariah.Sekiranya tidak dapat kursus itu,saya hanya kerja menjadi pelayan tetamu sahaja.'balas Sarah.

'Eh kenapa begitu?Beginilah,ayah sebenarnya mahu kamu sambung belajar ke Kolej Universiti Islam Selangor.Kamu tahu kan ayah mahu kamu menjadi seorang peguam.Kamu minat tak untuk jadi peguam?'tanya ayahnya lagi.

'Saya sebenarnya kurang berminat untuk jadi peguam tapi sekiranya saya dapat kursus untuk jadi ahli perniagaan.Saya ada baca kisah Rasulullah yang di mana baginda merupakan seorang peniaga yang digelar Al-Amin.Saya tertarik dengan kisah itu.'kata Sarah.'Baginda juga sabar dalam menghadapi dakwah-dakwah yang dilakukan juga untuk menyebarkan Islam.Bagi Sarah,walaupun tidak ada kaitan dengan perniagaan,ingin Sarah melihat dunia ini menjadi dunia bertamadun Islam.'terangya lagi.

'Cita-cita kamu amatlah tinggi.Ayah harap kamu belajar bersungguh-sungguh untuk lebih cemerlang.Ayah tahu ibu kamu dan adik kamu itu tidak boleh diharap.Mereka sudah terlampau manja sedangkan mereka tidak pernah tahu yang kamu ini ada luka dan calar di badan kamu itu,'kata ayahnya sambil mengangkat lengan Sarah.

'Tidak mengapalah ayah.Saya rasa ibu bukan tidak sayang saya.Dia sayang saya dengan cara begitu.Apa pun,saya akan belajar dengan baik supaya saya dapat sambung belajar demi keluarga ini,'Sarah berkata dengan penuh keyakinan.Dia rasa bertanggungjawab dan mahu untuk menyerikan imej keluarganya.

Pada malamnya,ayahnya pergi ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah.Ibunya mula mengeluarkan tanduknya ke Sarah.Dengan tidak semena-menanya,Sarah dirotan dengan libasan yang kuat.

'Apa kamu ingat kamu ini anak yang bagus?!Kamu ingat ayah kamu sayang kamu lebih?!Kamu ingat ya,kamu hanya anak angkat!Kamu bukan anak kelahiran aku,kamu bukan anak sah aku!Kamu lah punca aku jadi miskin sebegini!Semuanya salah kamu!'Ibunya marah.

'Maaf mak,saya tidak sengaja.Ayah sudah balik jadi saya jemputnya masuk,'balas Sarah.

Libasan dikenakan lagi.Parut mula terlakar di pahanya.'Kamu ingat ya,sekali lagi kamu begitu,mak tak maafkan kamu sehingga akhirat!'

Ibunya mula keluar dari biliknya.Dia menangis teresak-esak akibat kesakitan yang ditahannya.

'Aku berjanji,aku tidak akan membuat keluarga aku dalam kesempitan.Ya Allah,bantulah aku.Aku mengharapkan bantuanMu untuk diri aku supaya berjaya dan dapat menaikkan imej keluarga.'bisik dirinya.

_________________________________________________________________________________

'Sarah,kamu mahu ke mana tu?Saya mahu ikut sekali!'panggil kawannya,Syuhadah.

'Saya mahu bersiar-siar di bandar sebentar.Marilah.Saya bosan asyik duduk di bilik.Kita 'cuci' mata di sana.Hahaha'balasnya dengan gembira.

Sarah kini berada di England menyambung belajarnya untuk kursus Syariah.Di samping itu,dia juga membuat perniagaan di sana.Syarikatnya begitu terkenal dan menarik perhatian orang ramai.Produknya yang variasi dan kegunaan yang sesuai untuk kanak-kanak hinggalah ke warga emas menyebabkan imejnya naik.Produk seperti jus buah,kosmetik serta makanan yang sihat menjadi pemangkin kepada perniagaannya.

'Tunggu sekejap.Aku mahu salin baju.'kata Syuhadah.

'Baiklah,aku tunggu di kereta ya.'balas Sarah lalu menuju ke keretanya.Sementara di dalam kereta,dia melihat Facebook.Dia ternampak gambar adiknya,berdua-duaan dengan teman lelakinya.Dia hanya menekan butang 'like' sahaja dan kembali skrol ke bawah.Dalam pada itu,dia mahu menelefon ayahnya yang sudah sekian lama tidak bertanya khabar.Dia bersyukur kepada ayahnya kerana membantunya dalam pelajaran serta kokurikulum.Dia mendapat result 9A+ serta mendapat tajaan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dia sambung belajar di England.Dia juga mendapat biasiswa dari pelbagai syarikat seperti Karangkraf,MARA serta lain-lain.Ibunya mula memandang tinggi kepada dia akan tetapi hasad dengkinya masih belum punah.

'Alah setakat ini sahaja,ibu boleh bawa adik kamu ke serantau dunia.Kamu....'terhenti dan ayahnya,Encik Syukor sambung,'anak kita tu apa sahaja boleh bagi?Setakat duduk rumah terperuk bermedia sosial,saya rela bawa diri saya ini pergi ke England dari duduk dengan awak.Awaklah ibu yang paling teruk pernah saya jumpa dan sesekali saya tak akan bagi awak satu sen pun kalau awak masih berfikir sebegini kepada anak angkat awak.Dialah yang mula dan dialah yang terakhir.Kamu kena ingat,dia masih anak kita!'ayahnya marah.Puan Maimunah diam.Dia memasuki bilik dan menutup pintu.Ayahnya pula memberi semangat kepada Sarah.

Permainan memori itu menjadikan dia lebih kuat dan kini dia sudah menunjukkan dirinya yang bahawa dia mampu untuk mengubah keluargnya.Dia berazam untuk menjadikan keluarganya sebagai keluarga yang terbilang.

Bunyi ketukan tingkap mula didengari.'Hey aku mahu masuk ni.'kata Syuhadah.

'Ah baik.Sekejap.'Sarah membuka kunci pintunya.'Kamu berangan apa tadi?Jauh sangat kamu melihat.Yalah,akak tu kan sudah dapat duit berkepuk,mesti nak bina mahligai...'belum sempat Syuhadah menyambung,Sarah sudah balas,'Kau ini,kalau aku bagi kaki aku ini,memang sedap kan?'

'Hahaha,kalau boleh bagi sekali kaki ayam,sedap dan berisi!'kata Syuhadah.Suasana dalam kereta itu bertukar dari hening kepada riang.Syuhadah merupakan rakan perniagaannya.Dialah yang banyak membantu Sarah semasa susah dan senang.Sewaktu Sarah sampai ke England,dia tidak tahu hala tuju untuk ke universiti.Mujur Syuhadah muncul semasa dia memerlukan pertolongan.Syuhadah juga merupakan salah satu siswi yang belajar di universiti tersebut.Dia mengambil kursus perniagaan dan penterjemahan.Tidak hairanlah kalau perniagaan mereka amatlah maju hasil daripada mereka berdua.Kini mereka menjadi sahabat karib dan ahli perniagaan yang tersohor.

'Ok baiklah mari pergi ke London!'Dengan riangnya,mereka bertolak dan berbual mengenai perniagaan mereka di dalam kereta.

Sesudah sampai,dia meletakkan keretanya di tempat parkir dan berjalan dengan Syuhadah.Sambil men'cuci' mata mereka,Sarah ingin untuk minum secangkir kopi Latte di sebuah kafe.Dia masuk sambil mengajak Syuhadah untuk minum bersama.

'Wah bau kopi di kafe ini sungguh mengasyikkan.Membuatkan aku tidak mengantuk!'kata Sarah.

'Yalah,kopi kan ada kafein.Jadi...'belum sempat penerangannya habis,seorang pelayan tetamu muncul di hadapan mereka.

'Yes,how may I help you?'kata pelayan tetamu itu.Kulitnya seperti seakan orang Melayu.Sarah ingin bertanya akan tetapi perasaan malunya itu menghalangnya.Mereka duduk di meja yang dibawa oleh pelayan tetamu itu.

'Hei pelayan tetamu tu macam orang Melayu lah kan?'tanya Syuhadah.

'Yalah.Kulitnya pon seakan seperti warna duku langsat,'balas Sarah.Dia tertarik dengan pelayan tetamu itu dan Syuhadah pon berkata,'Hei,nak....'Syuhadah belum sempat habis berkata,Sarah sudah sambung,'Jangan mengada-ada ya.Kita nak minum,bukan nak menggatal.'

'Here is your order,girls.'kata pelayan tetamu itu.Sempat si Syuhadah bertanya,'Can I ask you?Are you from Malaysia?'

'Yeah that's correct!'balas pelayan tetamu itu.

'Hah!Kan betul!Dia orang melayu!'Suaranya memecahkan suasana di kafe.Dia meminta maaf kepada semua pelanggan.Pelayan tetamu itu bertanya kepada mereka.'Ohh kamu semua Melayu?Wah tak sangka saya.Nama saya Shahir.Saya sedang belajar lagi cuma saya jadi pelayan untuk menambahkan wang poket sahaja.'terang Shahir.

'Ohh saya Syuhadah.Ini kawan saya,Sarah.Dia berkenan dengan....'kakinya dipijak dengan kasut Sarah.'OUCH!'

'Hai awak.Saya Sarah.Saya pun sama belajar.Awak belajar di mana ya?'Tanya Sarah.

Perbualan mereka menjadi rancak.Akhirnya,pelayan tetamu itu mengambil alih tempat untuk berehat dan berbual dengan mereka.Setelah menghabiskan masa untuk berbual,mereka berkongsi nombor.Shahir mengucapkan terima kasih dan mereka pun keluar dari kafe tersebut.

'Kacak juga orangnya.Kan?'Tanya Syuhadah.

'Kamu ini memandai-mandai sahaja.'balas Sarah.

Mereka duduk di tepi sungai sambil berkongsi perasaan.'Syu,kamu masih ingat lagi tak kisah yang aku ceritakan kepada kamu itu?'Tanya Sarah.

'Ingat.Pasal ibu kamu itu.Aku rasa sepatutnya ibu kamu menyesal dan tidak boleh berbuat demikian kepada kamu.Sekarang dia sudah merana.Ayah kamu pula terpaksa bekerja keras untuk menjaga adik kamu itu.Kenapalah adik kamu dan ibu kamu berperangai sebegitu?Tidak berhati perut langsung!'Marah Syuhadah.

'Mungkin aku ini hanyalah anak angkat kepada mereka,akan tetapi ayah aku sayang aku seperti anak kandungnya sendiri.Dialah tempat aku mengadu.Dia juga tempat aku luahkan perasaan aku.'terang Sarah.

'Betul juga tu.Sekarang ini,kau patut syukur kerana ayah kau dah banyak bantu kau.Aku harap engkau boleh membantu keluarga kau.'kata Syuhadah.

'InsyaAllah.'kata Sarah.

Perbualan mereka begitu rancak.Perasaan mereka juga berbaur apabila bercerita tentang keluarga Sarah.Kini Sarah sudah berjaya dan dia mahu tunjuk kepada ibunya,akan tetapi ibunya dimasuki penjara akibat penggunaan dadah.Adiknya pula pernah ditangkap khalwat dan dihukum untuk membayar denda.Perangai adiknya masih juga tidak berubah.Dia kembali melakukan aktiviti itu.Ayahnya terpaksa menanggung kos pembayaran itu.

Sarah berkata sendiri'Susahkan aku kepadamu,ibu?'

Karya:Nurhakim Shahid

Selasa, 16 Februari 2016

Sajak:Diriku

Aku melihat,
Ombakan yang menghempas di tepi pantai,
Dan kembali kepada lautan semula,
Seperti perasaan diriku ini,
Yang menghempas dengan variasi perasaan,
Akan tetapi kembali reda dengan sendirinya.

Aku berfikir,
Di manakah datangnya ombak itu,
Dari mana sumber kehadiran ombak itu,
Yang membadai tepian pantai,
Begitu juga hatiku ini,
Dari manakah datangnya pelbagai perasaan ini,
Adakah dari fitrah?
Adakah dari nafsu?
Adakah dari Tuhan?
Adakah dari Syaitan?

Aku menganalisis,
Setiap ceruk berlakunya sesuatu perkara,
Mengetahui teori dan huraian,
Sama seperti diriku ini,
Yang perasaanya berbolak-balik,
Yang kadangkala,
Aku marah,bernafsu,mahupun dendam,
Aku sabar,jujur mahupun memaafkan.

Aku sedari,
Yang jahat itu datangnya dari hati,
Yang diperigi dengan air yang hitam,
Menyebabkan perigi itu tidak dibersihkan.

Aku sesali,
Yang baik itu datangnya dari fitrah,
Pabila dibersihkan dengan membuang air kotornya,
Mencuci dengan ungkapan pemujian kepada-Nya,
Yang pada mulanya,
Pahit menjadi manis,
Sakit menjadi sedih.

Karya:Nurhakim Shahid