Selasa, 16 Februari 2016

Sajak:Diriku

Aku melihat,
Ombakan yang menghempas di tepi pantai,
Dan kembali kepada lautan semula,
Seperti perasaan diriku ini,
Yang menghempas dengan variasi perasaan,
Akan tetapi kembali reda dengan sendirinya.

Aku berfikir,
Di manakah datangnya ombak itu,
Dari mana sumber kehadiran ombak itu,
Yang membadai tepian pantai,
Begitu juga hatiku ini,
Dari manakah datangnya pelbagai perasaan ini,
Adakah dari fitrah?
Adakah dari nafsu?
Adakah dari Tuhan?
Adakah dari Syaitan?

Aku menganalisis,
Setiap ceruk berlakunya sesuatu perkara,
Mengetahui teori dan huraian,
Sama seperti diriku ini,
Yang perasaanya berbolak-balik,
Yang kadangkala,
Aku marah,bernafsu,mahupun dendam,
Aku sabar,jujur mahupun memaafkan.

Aku sedari,
Yang jahat itu datangnya dari hati,
Yang diperigi dengan air yang hitam,
Menyebabkan perigi itu tidak dibersihkan.

Aku sesali,
Yang baik itu datangnya dari fitrah,
Pabila dibersihkan dengan membuang air kotornya,
Mencuci dengan ungkapan pemujian kepada-Nya,
Yang pada mulanya,
Pahit menjadi manis,
Sakit menjadi sedih.

Karya:Nurhakim Shahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan