Isnin, 6 Julai 2020

Pengulasan Filem: Digimon Last Adventure Kizuna

❗❗❗WARNING SPOILER ALERT❗❗❗
Baiklah kepada DigiDestined Kanak-Kanak yang sudah dewasa... Takdir tidak boleh diubah. Kita tak boleh lari dari takdir sebab dah tertulis perjalanan hidup kita.

Aku suka bila waktu permulaan filem ini mula. Memberi kenangan sebab lagu dan lawan antara Digimon sangat memberi kenangan. Ahh the memory😍😍😭😭. Honestly, I cry a bit. 

Seterusnya, pada waktu plot nak membangun, muncul Digimon baru, lupa nama perempuan tu, tapi apa yang dia explain sangat tepat. Aku akan sentuh sikit tentang takdir banyak kali sebab aku rasa takdir ni kita tak tahu apa yang berlaku... ok sambung kat perenggan bawah ya.

Masa klimaks, boleh nampak ya semua yang dah dewasa nak jadi kanak-kanak balik sebab nak stay dengan Digimon masing2, nak happy. Kat sini, in real life pun, semakin dewasa, mostly makin banyak tekanan dan ujian untuk harungi. Kita nak duduk di dunia fantasi di mana kita boleh bahagia bersama dengan orang tersayang, tidak rasa sakit hati dan lain-lain. Tetapi, itulah realiti. Kesakitan itu buat kita jadi jauh lebih matang dan tahu apa perlu buat seterusnya.

Tapi part hilangnya digimon tu, serius aq takleh tahan nangis. Aq terkejut sebab hilang macam tu je. Pertanyaan yang ditanya itu dapat jawapan yang 1/4 dri ayat yang lengkap. 😭😭😭 Sorry part ni buat aq rasa cam aq xleh terima takdir sebab kehilangan partner. 

Pada resolusi filem ni, masing2 dah ada hidup masing2 dan teruskan dengan apa yang diorang mahukan. 

Kalau aq salah bagi analogi n fahaman, aq minta maaf banyak2 ye. Bagi aq takdir ni umpama menjawab kertas ujian, cikgu tahu kita tak akan dapat jawab ujian tu dengan baik dan kebarangkalian gagal tu tinggi. Tapi akan ada pelajar yang;
Sanggup berusaha untuk jawab yang terbaik walaupun dia tahu apa yang akan dia dapat
Sanggup biarkan kosong sebab dah tahu apa yang akan berlaku 
Sanggup Meniru Tetapi Akan Kantoi Gagal
dan lain2.

Ok itu jelah kut huhu maaflah ye kalau pengulasan tak berapa baik. Saya bukanlah pengulas yang baik. Anyway, Mohon maaf juga sekiranya tersalah ilmu kongsi harap diperbetulkan.