Isnin, 28 Disember 2015

Sajak:Rezeki

Bukan itu yang aku minta,
Hanya cakna dari semua jelata,
Yang menjadi diriku terkilan,
Dari muda hingga lah tua,
Agar jadi contoh bahawa,
Aku lah manusia yang hanya satu,
Berbakat dan mewah.

Bukan ini juga yang aku minta,
Wang yang dipenuhi,
Di dalam peti,
Mahupun di mana sekalipun,
Menjadikan sebagai simbol kebanggaan,
Kaya raya dengan kertas,
Yang akhirnya dimamah dengan ah long.

Aku cuma meminta,
Keizinan dan ketaqwaan dari Tuhan,
Yang memberiku hidup dunia ini,
Diberkati di sisiNya,
Juga anak,isteriku,
Sehingga ke Jannah.

Sabtu, 5 Disember 2015

Sajak:Hati

Tertusuk,
Bagaikan tidak bernyawa lagi,
Peritnya sakit yang dirasai,
Gambarkannya agaklah sukar,
Hanya diri mampu merasai.

Parut,
Walaupun pulih kesudahannya,
Meninggalkan kesan yang memberi pengajaran,
Yang tidak kurangnya dengan pengalaman,
Sama ada,
Baik,buruk,sedih atau gembira.

Ubat,
Bagaikan mujarab segala penyakit,
Tetapi,
Bukan semua penyakit ada ubatnya,
Kecuali dengan bisik kepada Tuhan.

Kata,
Pabila dilontarkan dengan hemah,
Tidak kurangnya dengan gerakan,
Kalau itu yang baik,
Maka baiklah peristiwanya,
Mahupun,sebaliknya.

Hati,
Inilah kurniaan Tuhan,
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dipermainkan,
Tetapi,
Haruslah dijaga,
Dengan temu orang yang alim,
Ataupun Sebaik-baik Yang Maha Rabb.


Sekian,Kasihmu Diterima...


Isnin, 16 November 2015

Sajak:Malam

Begitu terang,
Keindahan Sang Purnama,
Pabila jejaknya waktu malam,
Dengan cahaya Sang Purnama.

Begitu indah,
Wahai bintang-bintang,
Di langit yang biru itu,
Berkedipan yang memenuhi ruang angkasa,
Yang membentuk pelbagai corak,
Sebagai satu petunjuk,
Sebagai satu keindahan.

Begitu tenang,
Warna biru pada waktu malam,
Yang mengurangkan bebanan yang memberati,
Juga menenangkan perasaan.

Malam,
Nikmat yang besar ini,
Tidak boleh dibeli,dicipta mahupun diambil,
Yang merupakan sang Pencipta,
Untuk Hambanya yang lemah ini,
Bersujud ataupun tidur.

Ahad, 8 November 2015

Sajak:Impian



Mimpi,
Itulah minda manusia,
Penuh dengan lukisan dunia,
Yang tidak akan dicapai,
Oleh elemen dunia.

Harapan,
Itulah akal manusia,
Yang logik diabaikan,
Dipenuhi dengan lakaran,
Warna-warni,
Sedih,gembira,marah,
Sebagai pemangkin semangat.

Impian,
Manusia tidak terlepas,
Menggapai apa yang diimpikan,
Berbeza dengan manusia,
Yang tiada impian,harapan,
Mahupun mimpi,
Yang penuh dengan kekolotan.

Bangkitlah!
Impian memenuhi citarasa!