Selasa, 17 Disember 2019

Sajak: Wira Atau Biar

Sesuap Demi Sesuap,
Ku Menghulur,
Atas Keluhuran Hati,
Tidak Mahu Ku Jeling,
Tidak Mahu Ku Ungkit.

Sebutir Demi Sebutir,
Ku Memberi,
Kerana Rintihan,
Tidak Ku Marah,
Tidak Ku Ugut.

Setibanya Masa,
Kau Berjaya,
Kau Digelar Wira,
Tapi,
Sebalik Gelaran Itu,
Pendampingmu Itu,
Bangga Denganmu.

Gelaran Itu,
Adakah Kau Lupa,
Temanmu Yang Menghulur,
Temanmu Yang Memberi,
Tidak Kau Sebut,
Tiada Suku Kata Namanya.

Ingat Wahai Wira,
Pendampingmu Itulah,
Menyuap, Memberi,
Mencari Masa Sendiri,
Untukmu Wira,
Untuk Menjayakan Kamu.

Sekiranya Kau Lupa,
Sekiranya Kau Tinggalkan Dia,
Pergilah,
Jangan Kau Pandang,
Jangan Kau Merintih,
Jangan Sesekali,
Menyebut Patah Perkataan,
Pendampingmu.

Jumaat, 6 Disember 2019

Sajak: Kau

Kau,
Melintas Depanku,
Membuatku Rasa Gugup,
Membuatku Termenung Seketika,
Seperti Tiada Apa Di Sekeliling,
Hanyalah Kau.

Kau,
Mengukir Senyuman,
Membuatku Rasa Bahagia,
Akan Tetapi,
Aku Hanya Mampu Menumpang Sahaja,
Kerana Kau Masih Bukan Milikku.

Kau, 
Baruku Tahu,
Di Sebalik Ukiran Itu,
Kau Menopengkan Diri,
Segala Punah Hatimu,
Kecewamu,
Kerana Dipersiakan.

Tetapi Kau,
Masih Setia, Masih Berpegang,
Walaupun Kau Tahu Kau Dikhianati,
Tapi,
Kau Mampu Teguh Dengan Diri.

Wahai Dikau,
Tolonglah, 
Jangan Ditoreh Diri Kau,
Jangan Dilukakan Diri Kau,
Dengan Hati Yang Khianat Itu, 
Akan Menambah Parut Di Memorimu.

Marilah,
Aku Berjanji,
Aku Setia, Aku Teguh,
Tiada Apa Yang Akanku Lukakanmu,
Kecuali Atas IzinNya.

Sajak: Langit

Terbitnya Matahari,
Langit Memancarkan Cahaya Biru,
Dilindung Oleh Kepulan Awan,
Yang Pelbagai Bentuknya,
Menghiasi Bentangan Lautan Udara.

Terbenamnya Fajar,
Kejinggaan Terserlah Di Tepian,
Berpeleseranlah Sayap Di Langit,
Kembalilah Mereka Ke Sangkar,
Setelah Usai Tugas Di Pagi Hari.

Langit, 
Warnamu Memberi Hati,
Memberi Keindahan Kepada Kami,
Memberi Berita Yang Mengukir Senyuman.

Janganlah Berhenti,
Wahai Langit,
Memberi Keindahanmu,
Sehingga Tiba Masanya Kau Gelap,
Sudah Pasti,
Tiada Lagi Manusia Akan Gembira.