Sabtu, 26 September 2020

Sajak: Lawan Atau Kawan

Terlihat aku di paparan,
Satu doa,
"Jauhilah diriku dari musuh-musuh",
Paparan tersebut terus menunjukkan kawannya,
Menjadi lawan.


Aku terdetik,
Bagaimana mahu tahu kawan atau lawan?
Bagaimana mahu tahu dipergunakan?
Bagaimana hasad dendam seseorang terhadap diri?
Adakah salah setiap tutur kata,
Gerak-geri mahupun penampilan,
Seseorang itu kepada seseorang lain?


Kerisauan aku meninggi,
Adakah aku mempergunakan kawanku?
Adakah aku nyamuk di dalam kelambu?
Adakah aku sesuai untuk mereka?


Aku memohon,
Kepada semua yang ku kenal,
Aku menyusun sepuluh jari,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Memohon maaf apa tindakanku selama ini.


Mungkin secara kata kepada kata,
Tiada ekspresi sakit,
Kerana mahu jaga hubungan,
Tetapi,
Secara luhur hati,
Janganlah dipendam,
Jujurlah kepadaku.


Selasa, 1 September 2020

Nukilan Hati: Pertama Kali Selama 21 Tahun


 Assalamualaikum semua, alhamdulillah capailah juga umur 21 tahunku. Pelbagai ucapan dan doa daripada kawan dan saudara semua untuk aq. Sangat2 happy alhamdulillah. Dah boleh mengundi secara sah hehe...

Tapi aq bukan nak cerita tentang apa yang aq nak dan lain2. Alhamdulillah aq syukur apa yang ada sekarang ni. Semasa tarikh hari lahir aq tu, aq dapat something yang amazing. Something yang aq tau orang ramai dapat tapi aq x expect pon aq dapat. Like, yes im surprised and amazed that time. 

Semasa aq tengah sibuk bbq, diorg surprise me with a cake. Ada nama aq "Shahid" in there. Im almost cry nak terduduk tapi kene tunjuk kuat buat malu je ketua nangis2 hehehe. Bawah ni video aq tgh bbq otak2:

Yeah, malu2 kucing ya sambil gigil tangan huhu

Selama aq hidup 21 tahun, selalunya aq dapat kek dari saudara atau sepupu masa aq kecik dulu lah. Bila makin membesar, ada yang bagi keychain, bagi drawing, belanja starbucks, belanja makan. But cake is one of thing that rarely got from friends. This, this will be one of memorable thing. Tq semua yang belanja and effort for this cake n everything!
This is the funniest one for me! Hehehe

I dont know how to thank you guys for this memory. Im proud and happy u guys stay with me even im like this. Thank you for making me become better till this day! Tq mom n dad let me achieve my dream and support me! Tq for people that wish and pray for me in silence. Insyaallah, I will not forget.

Early gift from my bestie, one of my fav fried chicken!!
From my mom! πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—






Isnin, 6 Julai 2020

Pengulasan Filem: Digimon Last Adventure Kizuna

❗❗❗WARNING SPOILER ALERT❗❗❗
Baiklah kepada DigiDestined Kanak-Kanak yang sudah dewasa... Takdir tidak boleh diubah. Kita tak boleh lari dari takdir sebab dah tertulis perjalanan hidup kita.

Aku suka bila waktu permulaan filem ini mula. Memberi kenangan sebab lagu dan lawan antara Digimon sangat memberi kenangan. Ahh the memory😍😍😭😭. Honestly, I cry a bit. 

Seterusnya, pada waktu plot nak membangun, muncul Digimon baru, lupa nama perempuan tu, tapi apa yang dia explain sangat tepat. Aku akan sentuh sikit tentang takdir banyak kali sebab aku rasa takdir ni kita tak tahu apa yang berlaku... ok sambung kat perenggan bawah ya.

Masa klimaks, boleh nampak ya semua yang dah dewasa nak jadi kanak-kanak balik sebab nak stay dengan Digimon masing2, nak happy. Kat sini, in real life pun, semakin dewasa, mostly makin banyak tekanan dan ujian untuk harungi. Kita nak duduk di dunia fantasi di mana kita boleh bahagia bersama dengan orang tersayang, tidak rasa sakit hati dan lain-lain. Tetapi, itulah realiti. Kesakitan itu buat kita jadi jauh lebih matang dan tahu apa perlu buat seterusnya.

Tapi part hilangnya digimon tu, serius aq takleh tahan nangis. Aq terkejut sebab hilang macam tu je. Pertanyaan yang ditanya itu dapat jawapan yang 1/4 dri ayat yang lengkap. 😭😭😭 Sorry part ni buat aq rasa cam aq xleh terima takdir sebab kehilangan partner. 

Pada resolusi filem ni, masing2 dah ada hidup masing2 dan teruskan dengan apa yang diorang mahukan. 

Kalau aq salah bagi analogi n fahaman, aq minta maaf banyak2 ye. Bagi aq takdir ni umpama menjawab kertas ujian, cikgu tahu kita tak akan dapat jawab ujian tu dengan baik dan kebarangkalian gagal tu tinggi. Tapi akan ada pelajar yang;
Sanggup berusaha untuk jawab yang terbaik walaupun dia tahu apa yang akan dia dapat
Sanggup biarkan kosong sebab dah tahu apa yang akan berlaku 
Sanggup Meniru Tetapi Akan Kantoi Gagal
dan lain2.

Ok itu jelah kut huhu maaflah ye kalau pengulasan tak berapa baik. Saya bukanlah pengulas yang baik. Anyway, Mohon maaf juga sekiranya tersalah ilmu kongsi harap diperbetulkan.


Rabu, 22 April 2020

Nukilan Hati: Draf Baru

Ok guys, simple text sahaja ni
Aq insyaallah akan sediakan satu cerita bergenre fantasy based on reality.
Harap2 menjadilah
Sinopsis:
Pemuda bernama Harith, menempuh hidup apabila mendapat sebuah kristal yang dilarang. Pelbagai ujian dan cabaran ditempuh apabila beliau mendapat kristal tersebut.