Rabu, 22 April 2020

Nukilan Hati: Draf Baru

Ok guys, simple text sahaja ni
Aq insyaallah akan sediakan satu cerita bergenre fantasy based on reality.
Harap2 menjadilah
Sinopsis:
Pemuda bernama Harith, menempuh hidup apabila mendapat sebuah kristal yang dilarang. Pelbagai ujian dan cabaran ditempuh apabila beliau mendapat kristal tersebut.

Ahad, 22 Mac 2020

Nukilan Hati: Terlajak Tarikh Hari Lahir

So, aq ingat birthday bff aq ni 24/3 lah rupanya harini wahahaha. I think I gonna wish it here.πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Fefeeling lah dulu sebelum aq buat ucapan ni heeheπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜

πŸŽ‰πŸŽŠSo, to my bff, happy birthday to you, bij. πŸŽ‰πŸŽŠ



Yang kanan tu birthday boy hehe😝😝😝
Aq doakan kau panjang umur, murah rezeki, sentiasa dicucuri cucur udang kat Muar, selalu bawak aq gi Melaka belanja top tank, beli stabak. Eh lain plak hahaha. I wish you always achieve what you want, never stop dreaming, sebab kalau ko berhenti dreaming, bila lagi ko nak tidur ehee. Never ever be somebody else ok? Be yourself, show the world what you capable and by your own skills and strength, help others that seek help. Face the fears, unlock your own new capabilities and be the one that u never thought to be.


Baru balik dari Universiti, smpai je Muar,
terus gi open house tak fikir
penat. Hehehe tq bro!!!😍
At the same time, aq nak ucapkan terima kasih as becoming my bff. I pray our bond is everlasting. Jujurnya, banyak lah perkara aq belajar bersama dengan kau, like, how to cope with stress, and remember im in depression? u help me get through it too. Thank you. X pernah lah ko mengadu yang ko jemu bila jenjalan ngan aq tp aq tau ko jemu dgn perangai setan aq kan? JUJUR! ehehehe.... well, you are the best, the best that maybe nobody can replace you. Honestly, if you gone, maybe i will depressed for a long time. 😊😊😊




So, yeah. tq and happy birthday! See you real soon!πŸ˜‹



Jumaat, 6 Mac 2020

Nukilan Hati: Baik atau Lebih Baik?




Setelah habis internship aq di sebuah syarikat ni, aq decide untuk kerja di mana2 kilang atau kedai sementara menunggu keputusan aq hantar resume kepada syarikat di Johor. Pada mulanya mak dan ayah aq setuju aq cari kerja di mana2. So, aq decide lah aq cari kerja di area Bangi, Selangor, Melaka dan Muar, Johor.







Setelah banyak mencari dan menghantar resume semua, tiada panggilan dan kene reject. Aq sedih lah sebab sekarang ni bukan senang kan nak kerja. Then, bulan 2 aritu, mak aq suruh minx kerja waktu around 8.30a.m- 5.30p.m sebab aq takleh bawak kereta waktu malam. So alhamdulillah ada satu kilang ni nak pekerja. Tapi, perjalanan dari rumah aq ke tmpat tu around 40 minit. Gaji diberi katanya 1500 or 1800.
Aq dgn bangganya nak terima and beritahu tentang kerja tu kat mak and ayah aq. But turns out, diorg macam x bagi, ayat2 yang diorg bagi seperti menghalang aq dari kerja. Aq agak marah, sedih dan campur baur perasaan. Aq niat nak kerja sebab nak rasa duit sendiri, nak pengalaman.

Aq share perasaan marah aq ni kat kawan2 aq n diorg support aq yang mungkin ada hikmah mak and ayah aq x bgi. Tp niat aq ni nak kerja sementara menunggu keputusan syarikat tu. If not, Aq decide untuk ambil degree this year kat UTM insyaallah. What do u guys think?

Ahad, 12 Januari 2020

Nukilan Hati: Terpisah Antara Kaca dan Permata

Hehe kali ni meh aq kongsi tentang apa yang aq dh lalui dan agak pahit jugalah.

Aku mempunyai beberapa sahabat dan sahabat aku semasa di universiti ramai. Tapi, bermulalah episod drama, geram dan juga penyesalan berlaku pada diri aku ni.

Aku kenal seorang hamba Allah ni semasa aku masuk pertama kali di universiti dan dia sangatlah sombong dari pandangan pertama aku. Tetapi selepas masing2 memperkenalkan diri aku rasa macam, "ok, dia tak sombong, salah aq sebab menilai" tapi selepas beberapa minggu dia berubah dan buat aku rasa tak selesa. Aku berkongsi dan jaga dia semasa dia sakit tapi aku tidak dapat apa-apa pon. Tiada terima kasih pada masa itu. Hati aku masa tu sangatlah menyesal. Tapi, aku ni manusia, dan aku ulangi perkara yang sama semasa berpindah ke kampus lain di sekitar Johor.

Aku bertemu juga dengan seorang hamba Allah ini dan dia merupakan orang yang pandai ilmu tentang agama islam. Pada mulanya, aku mahu rapat untuk mendalami tentang agama dan mahu jadi sahabat dia. Pernah aku belanja dia sebab dia tiada duit, jaga dia n lain2 lah. Tapi, aku tidak dapat apa2 juga. Lagi teruk, dia terus lupakan aku dan tak ucapkan apa2 pun. Sangat menyesal pada masa tu dan aku rasa macam nak marah yang teramat tetapi aku lupakan dia. 

Lepas tu, aku kenal dengan seorang hamba Allah dari negeri yang popular dengan kawasan pelancongan dan kawasan makanan laut yang memang sedap belaka. Pada mulanya, aku benci dia sebab rasa dia tak pandai berbual tetapi ada satu peristiwa itu, aku terkesima kerana aku nampak beliau kecewa dengan kawan dia sendiri akibat dipulau. Aku baca status di Whatsapp dia yang seperti menyindir tentang apa yang berlaku pada peristiwa itu dan membalas mesej kepada dia tentang perkara tersebut. Dia berkongsi perasaan dan aku memahami dia dengan apa yang dia rasa. Sejak itu, aku banyak meluangkan masa berkongsi masalah, dan banyak berbual tentang minat masing2. Bergaduh? Pernah. Cuma kami selepas gaduh, masing2 meminta maaf dan menyesal dengan apa yang dilakukan. Alhamdulillah Sehingga sekarang masih lagi bersahabat.

Aku juga kenal dengan seorang sahabatku ini dan rapat kerana ilmu agama dia tinggi. Akan tetapi, aku rasa aku tidak sesuai berkawan dengan dia kerana,
Aku hanyalah toksik kepada dia,
Aku hanya akan merosakkan dia,
Aku cemburu dengan apa yang dia ada.
Jadi aku mengambil keputusan untuk jauhi dia kerana aku tidak mahu jadi toksik dalam sesebuah persahabatan. 
      Waktu Inilah Aku Sedar Keburukan Aku

Oh ya, Ada satu lagi. Sejak sekolah menengah dan dialah tempat aku berkongsi pelbagai masalah, suka dan duka serta memberi dorongan dan semangat sama2. Kitorg berjanji insyaallah sekiranya ada masa dan duit yang mencukupi, kitorg mahu ke Jepun untuk menerokai keunikan kehidupan di sana. 

                    Gambar Sekadar Hiasan
Persahabatan pada pendapat aku adalah bila,
Kau dan Dia, Susah dan senang bersama,
Kau dan dia, Tidak Kisah tentang keburukan masing2, malah akan memperbetulkan antara satu sama lain
Kau dan dia, bersatu untuk mencapai persahabatan yang diredhai Allah
Dan
Kau Dan Dia, Tiada Rasa Dengki, Cemburu Malah Kecil Hati Dengan Kejayaan Masing2

                      Sumber: Google Images